Wednesday, May 28, 2008

Moto Alarm

Jangan salah paham bukan motorola alram tapi alarm yang tak dapat diperolehi dari mana-mana jam penggera dalam dunia ini. MOTOR USTAZ BAUK............ dengar moto tu dari bawah kat court bola tampar aje macam nak runtuh bangunan aspura tuh, bayangkan 200 orang terjun dari katil serentak nasib baik aspura punye meterial kuat kalo tak dah lama runtuh gamaknye aspura tuh.......ada yang lari pakai seluar pendek sambil capai songkok, baju melayu ngan kain untung betul kalo salah tebawak tuala takke haru namenye, lagi satu yang aku tak dapat lupe USTAZ JENAL dia stanby kat bawah kolong nak pegi surau ngan pegang rotan lepas tu jerit SEPULUH, LAPAN, ENAM, ENAM SETENGAH.........................kahkahkah lawak betul cikgu sekolah menengah berasrama penuh kira ada la plak setengah-setengah kalo dah sampai empat setengah masih lum sampai kat ground floor harapan kene sebat amat cerah dan punggung bakal bertukar merah. Ada gak tebawak-bawak phobia sampai dah remaja nie, maklumla jiran pakai EX5 nak gi keje shift pagi kuar pukul 5.30pg, dengar bunyi moto aje phobia nak terjun katil nasib baik bawak berubat kampung baik jugak akhirnye............k lah bro sampai sini dulu nanti-nantilah kite sambung yer........slm

Tuesday, May 27, 2008

kire ok le tu......

Kirenye ok le tu ada gak yang dok respon pasal blog nie, sekurang-kurangnye takle aku nie syok sindiri.....kalo dapat kite panjang-panjangan lagi le pada mana-mana member yang korang ada no kontek diaorang. Anyway thanks pada apis ahmad, farid g, zaihasri, zibob, ben dan juga ada le guest yang dah tgglkan msj kat kotak jerit tuh. Ni bagi sesapa nak tengok website rasmi SMKAS korang boleh klik kat sini http://www.smkasegamat.net/pengenalan.htm nanti tengok ler mana tau ada lagi ke ustaz, ustazah yang korang masih kenal kot, kalo tak salah aku budak batch atuk ada jadi ustaz kat sana, kalau tak salah aku la, kalau salah aku peduli apa dah tentu blog aku, kah kah kah............nie saja nak info korang yang ustaz azmi ada dah jadi PPPD kat segamat korang boleh g kat link nie untuk info pasal dia http://ppdsegamat.edu.my/ ko cari pppd bahagian kemanusian, btw dia kirim salam kat korang semua. Ingat jangan lupa sebar-sebarkan pada mana-mana member kasi meriah cikit bro...........slm

Sunday, May 25, 2008

Muqqaddimah

Salam perkenalan

Kawan kenalkan diri kawan sebagai cpot, batch 1991 kira-kira satu batch la ngan farid ghani, wak ja, ben, monyet dan ramai lagilah. So bagi merapatkan kembali silaturrahim antara ex-smkas sekelian (kalo korang nak ler kan, maklumla dah ada komitmen ngan anak-anak atau bini-bini nie kangkadang payah ckit) maka blog ini pun diujudkan, jadi jangan sogan dan jangan malu hanya tinggalkan nama, batch tahun bape dan contac no ke e-mail ke supaya boleh le kawan postingkan maklumat anda ye x?. Tak kire la batch setua ali katik ke, cabin ke, adam molok ke, farid kasim ke, sepul pekji ke, ujang ke, jabar ke, atuk ke, tawil ke, eja ke, botak ke, iwan jo ke, basir ke, atau semuda adik-adik yang tgh kat sana sekarang, kalo perlu lagi maklumat pandai-pandai le korang email kwan yer (janggutperang@gmail.com). Maklumat anda adalah sulit dan rahsia (ceh macam along punye add la plak).